IHSAN Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)
IHSAN Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Miri: Kapten David Lenton, 71, ditemui selamat penduduk tempatan di pantai Kampung Pulau Melayu, di sini.

Jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), berkata APMM Daerah Miri menerima panggilan daripada Lenton memaklumkan enjin kapalnya rosak dan memohon bantuan menundanya ke Miri, malam tadi.

Menurutnya, sejurus menerima laporan, APMM menghantar kapal bantuan.

Bagaimanapun, katanya, kapal layar itu tidak dapat ditunda kerana ombak kuat.

"Kami menasihkatkan kapten itu meninggalkan kapal layarnya dan pergi ke lokasi selamat tetapi dia enggan dan berkeras untuk menetap di kapal itu.

"Hari ini, kami dimaklumkan oleh sahabatnya bahawa kapal itu terdampar di pantai dan kapten David Lenton ditemui selamat penduduk tempatan, kira-kira 9 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 9:10 PM