ISMAIL Bujang (kanan) menujukkan kontena berisi rokok yang cuba diseludup. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ISMAIL Bujang (kanan) menujukkan kontena berisi rokok yang cuba diseludup. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ISMAIL Bujang (kanan) menujukkan rokok yang cuba diseludup. FOTO Mohd Rizal Abdullah
ISMAIL Bujang (kanan) menujukkan rokok yang cuba diseludup. FOTO Mohd Rizal Abdullah
Oleh Mohd Rizal Abdullah


Miri: Kapal kargo membawa enam kontena mengandungi 135,000 karton rokok seludup bernilai RM 33 juta ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim(APMM) Miri di laut Miri, di sini, Selasa lalu.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismail Bujang Pit berkata, kapal kargo berkenaan ditahan kira-kira 3.5 batu nautika dari muara sungai Miri.

Menurutnya, rokok berkenaan dipercayai diseludup dari negara luar yang akan dibekalkan ke seluruh Sarawak.

"Lima anak anak kapal iaitu seorang warga tempatan dan selebihnya warga asing berusia 25 sehingga 41 tahun ditahan dan direman sehingga 5 ogos ini untuk siasatan lanjut," katanya semasa sidang media di sebuah jeti di Krokop, tadi.

Katanya, rampasan berkenaan adalah yang terbesar setakat ini yang turut dipercayai didalangi oleh 'orang dalam' termasuk pihak berkuasa.

"Setakat ini,APMM masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 6:07 PM