HAFIDZ Roshdi (kiri) hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini. FOTO Bernama
HAFIDZ Roshdi (kiri) hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini. FOTO Bernama
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Kubu Bharu: Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri tidak hadir ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, kerana tidak sihat.

Perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader.

"Sebenarnya subpoena tak dikeluarkan sebab hari ini sebutan. Saya dengar dia pun tak berapa sihat hari ini. Tapi, kalau dia datang pun, pendakwaan kena buat pengesahan secara bebas dan ada prosedurnya," katanya.

Mahkamah hari ini memberi tarikh baharu, 2 Ogos untuk Timbalan Pendakwa Raya (DPP) memaklumkan maklumat terperinci kepada mahkamah selepas Nurul Shuhada menarik balik kes menumbuk pipi kiri yang didakwa dilakukan Hafidz pada 13 Mac lalu sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, di sini.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Shuhada bagi mendapatkan komennya tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 1:12 PM