IHSAN pembaca Harian Metro
IHSAN pembaca Harian Metro
Kandau Sidi


Miri: Lelaki Australia dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dari kapal layar akibat angin kencang di perairan Laut China Selatan, hari ini.

David Lenton, 71, dikatakan dalam pelayaran ke jeti kapal layar di Marina Bay Miri dari negara asalnya.

SY Atlantis itu ditemui terdampar di tepi pantai di perairan Miri, namun Lenton tidak ditemui.

Sumber berkata, sudah menerima laporan mengenai kes itu dan usaha mencari serta menyelamat sudah dijalankan.

Menurutnya, kapal layar milik lelaki itu dipercayai terdampar di pantai akibat hanyut dibawa ombak dan tiada sebarang petunjuk ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 2:07 PM