Sebahagian Penduduk setempat meredah jalan raya yang digenangi air Sungai Golok yang melimpah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air di sekitar Rantau Panjang hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Sebahagian Penduduk setempat meredah jalan raya yang digenangi air Sungai Golok yang melimpah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air di sekitar Rantau Panjang hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Hujan berterusan menyaksikan mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,131 mangsa pagi ini berbanding 3,832 mangsa malam tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 1,288 keluarga itu ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Sehingga jam 8.30 pagi ini, tiga daerah di Kelantan dilanda banjir membabitkan Pasir Mas, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 3,832 mangsa yang ditempatkan di 11 PPS.

Manakala, Tanah Merah merekodkan 176 mangsa dan Kuala Krai mencatatkan 92 mangsa, masing-masing ditempatkan di tiga PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Disember 2023 @ 9:27 AM