GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Gerik: Wanita warga emas maut dipercayai akibat tercekik buah rambutan, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, wanita berusia 72 itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan (KK) Lawin, di sini, 8.30 malam semalam.

Beliau berkata, anak mangsa berusia 46 tahun memaklumkan, ibunya sesak nafas ketika di beranda rumah mereka di Felda Lawin, sekitar 7 malam sebelum dikejarkan ke KK Lawin.

"Pemeriksaan mendapati ada sesuatu terlekat di kerongkong mangsa dan ia disyaki biji rambutan.

"Wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia dan tiada unsur jenayah dikesan terhadap mangsa," katanya kenyataannya, hari ini.

Katanya, bedah siasat dijalankan Unit Forensik Hospital Gerik mengesahkan punca kematian disebabkan sesak nafas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 7:09 PM