GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Zaid Salim


Besut: Seorang lelaki ditahan polis semalam selepas disyaki merogol cucu tirinya yang juga kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan di sebuah rumah di daerah ini susulan laporan berkaitan kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut pada hari sama.

"Hasil siasatan mendapati, suspek melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa sejak 2021.

"Suspek direman selama lima hari untuk siasatan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif pengambilan sebarang dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 6:53 PM