PEMILIK kedai makan Sawiyah Jusof, 57, (kanan) bersama anaknya Siti Munirah Mohd Zulkafli, 25, membersihkan premis mereka yang terjejas akibat banjir di Kampung Laut, Tumpat hari ini. KHIS/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Nor Fazlina Abdhl Rahim

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan kepada 3,397 mangsa sehingga petang ini dengan tiga daerah sudah menutup pusat pemindahan sementara (PPS).

Kesemua mangsa banjir berkenaan membabitkan 1,033 keluarga ditempatkan di 39 PPS di tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Tiga daerah yang sudah pulih banjir sekali gus menutup operasi PPS iaitu Jeli, Kota Bharu dan Gua Musang susulan cuaca baik sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan Info Bencana JKM, Kuala Krai merekodkan 1,530 mangsa membabitkan 405 keluarga di 16 PPS.

Pasir Mas pula merekodkan 1,540 mangsa daripada 550 keluarga di 17 PPS, manakala Tanah Merah mencatatkan 327 mangsa daripada 78 keluarga di enam PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 4:58 PM