Nor Fazlina Abdhl Rahim


Kota Bharu: Mangsa banjiir di Kelantan terus berkurangan kepada 2,891 mangsa sehingga pagi ini.

Kesemua mangsa banjir berkenaan membabitkan 881 keluarga ditempatkan di 35 PPS di tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Berdasarkan Info Bencana JKM, Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 1,494 mangsa daripada 523 keluarga di 16 PPS.

Kuala Krai pula 1,149 mangsa daripada 301 keluarga di 14 PPS dan Tanah Merah merekodkan 248 mangsa daripada 57 keluarga di lima PPS.

Semalam, tiga daerah sudah menutup PPS berikutan banjir pulih iaitu Kota Bharu, Jeli dan Gua Musang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 10:57 AM