Kanak- kanak mangsa banjir sedang mendengar dan mengikuti penerangan oleh Anggota sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Bharu, Zaiton Ismail, 63 (kanan).
Kanak- kanak mangsa banjir sedang mendengar dan mengikuti penerangan oleh Anggota sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Bharu, Zaiton Ismail, 63 (kanan).
Nor Fazlina Abdhl Rahim


Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,434 mangsa yang ditempatkan di 62 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 10 malam ini.

Semua mangsa banjir berkenaan membabitkan 1,194 keluarga dari lima daerah yang dilanda banjir.

Berdasarkan Info Bencana JKM, daerah Jeli mencatatkan mangsa ramai paling tinggi iaitu 1,688 mangsa membabitkan 491 keluarga sembilan PPS.

"Kuala Krai mencatatkan 1,353 mangsa banjir membabitkan 330 keluarga di 28 PPS, Gua Musang mencatatkan 597 mangsa daripada 126 keluarga di tujuh PPS.

"Tanah Merah pula merekodkan 375 mangsa daripada 107 keluarga di 11 PPS dan Pasir Mas merekodkan 421 mangsa daripada 140 keluarga di tujuh PPS," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 January 2021 @ 11:22 PM