PEKAN Rantau Panjang dari udara lumpuh apabila digenangi banjir gelombang ketiga sekali gus menenggelamkan tiga laluan utama sejak petang semalam. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
PEKAN Rantau Panjang dari udara lumpuh apabila digenangi banjir gelombang ketiga sekali gus menenggelamkan tiga laluan utama sejak petang semalam. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Nor Fazlina Abdhl Rahim


Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 5,250 mangsa yang ditempatkan di 72 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga petang ini.

Kesemua mangsa banjir berkenaan membabitkan 1,407 keluarga dari lima daerah yang dilanda banjir.

Berdasarkan Info Bencana JKM, daerah Kuala Krai mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 2,548 mangsa daripada 636 keluarga di 35 PPS.

Pasir Mas merekodkan 1,108 mangsa daripada 355 keluarga di 15 PPS, Jeli mencatatkan 624 mangsa daripada 178 keluarga di tiga PPS.

Gua Musang pula merekodkan 495 mangsa daripada 111 keluarga di enam PPS dan Tanah Merah membabitkan 475 mangsa daripada 127 keuarga di 13 PPS.

Sehingga petang ini, cuaca di Kelantan lebih baik berbanding semalam di kebanyakan daerah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 January 2021 @ 6:08 PM