Fauziah Yop, 46.
Fauziah Yop, 46.
Mohd Rizal Abdullah

mohd

KEMATIAN guru di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri, Sik petang semalam tidak membabitkan unsur jenayah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘Coronary Atherosclerosis’ atau kegagalan arteri pada jantung.

Katanya, tiada juga kecederaan lain pada tubuh mangsa.

“Proses bedah siasat mendapati mangsa mengalami kegagalan arteri pada jantung dan tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Semalam, Fauziah Yop, 46, ditemui mati dalam keadaan telungkup dengan tubuh di atas katil pada 1.30 petang.

Kejadian hanya disedari anak bongsunya yang pulang dari sekolah dan mendapati mangsa kaku.

Mangsa pada mulanya dipercayai disamun dan dibunuh apabila terdapat kesan darah pada mulut selain keadaan biliknya yang berselerak.

Berita berkaitan

Pangku mayat isteri sambil menangis

Guru maut: Polis tunggu laporan bedah siasat

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 3:35 PM