Keadaan dalam penerbangan SQ321 pesawat Singapore Airlines selepas mengalami gelora udara melampau. - FOTO Reuters
Keadaan dalam penerbangan SQ321 pesawat Singapore Airlines selepas mengalami gelora udara melampau. - FOTO Reuters
Reuters

Bangkok: Seramai 20 penumpang pesawat Singapore Airlines yang mengalami pergolakan teruk dan melencong ke Bangkok untuk pendaratan kecemasan pada Selasa masih dalam rawatan rapi, kata seorang pegawai hospital pada Khamis.

Daripada 40 orang dalam penerbangan yang masih dalam rawatan, 22 pesakit mengalami kecederaan saraf tunjang dan enam mengalami kecederaan otak dan tengkorak, kata Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Adinun Kittiratanapaibool.

Seorang penumpang maut akibat disyaki serangan jantung dan berpuluh-puluh cedera selepas penerbangan Singapore Airlines SQ321 menemui apa yang disifatkan oleh syarikat penerbangan itu sebagai gelora udara mendadak dan melampau ketika terbang di atas Myanmar pada Selasa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 5:39 PM