LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Mohd Rizal Abdullah


POLIS masih menunggu laporan bedah siasat berhubung kematian seorang guru wanita di sebuah rumah di Kampung Banggol, Jeneri, Sik, semalam

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata berkata, pihaknya tidak boleh memberikan sebarang rumusan sama ada ia membabitkan kes bunuh atau sebaliknya.

“Kami tidak boleh memberikan sebarang rumusan berkenaan kejadian ini lagi.

“Banyak perkara kita perlu lihat, secara mata kasar, daripada (hasil) bedah siasat atau kedua-duanya sekali," katanya kepada Harian Metro.

Semalam, Fauziah Yop, 46, ditemui mati dalam keadaan terlungkup dengan bahagian tubuh berada di atas katil rumahnya pada 1.30 tengah hari.

Kejadian hanya disedari oleh anak bongsunya yang pulang dari sekolah dan mendapati mangsa dalam keadaan kaku.

Mangsa dikatakan disamun dan dibunuh apabila terdapat kesan darah pada mulut mangsa selain keadaan bilik mangsa yang berselerak.

Berita berkaitan

Pangku mayat isteri sambil menangis

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019 @ 9:59 AM