LAPORAN portal berita Harian Metro Rabu lalu.
LAPORAN portal berita Harian Metro Rabu lalu.
Mohd Rizal Abdullah


KES kematian wanita warga Indonesia yang ditemui di bawah timbunan baju di Taman Selasih, Kulim pada Selasa lalu, masih disiasat sebagai kematian mengejut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, setakat ini polis masih menunggu hasil laporan bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan awal polis tidak menemui unsur jenayah pada tubuh badan wanita itu.

“Kemungkinan ada unsur-unsur lain menyebabkan kematian wanita itu dan perkara terbabit masih di peringkat analisis oleh pihak hospital,” katanya.

Terdahulu, wanita dikenali sebagai Santi, 36, ditemui mati oleh rakannya di rumah sewa mangsa dan dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh 72 jam.

Kejadian disedari apabila rakannya terhidu bau busuk dari dalam bilik berkenaan sebelum menemui mayat wanita itu.

Berita berkaitan

'Mayat dalam timbunan pakaian'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 January 2020 @ 4:05 PM