Pusat Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan  menggagalkan penyeludupan benih udang karang di Lapangan Terbang Yogyakarta. FOTO Agensi
Pusat Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan menggagalkan penyeludupan benih udang karang di Lapangan Terbang Yogyakarta. FOTO Agensi
BERNAMA

Jakarta: Pihak berkuasa di Lapangan Terbang Yogyakarta, di pulau Jawa menggagalkan cubaan menyeludup 80,000 ekor benih udang karang ke Malaysia melalui penerbangan pada 14 Mei, menurut Pejabat Kastam Yogyakarta.

"Semuanya bermula dengan maklumat bahawa terdapat dua beg pakaian milik seorang penumpang penerbangan AirAsia yang disyaki mengandungi benih udang karang," menurut Ketua Bahagian Pendidikan dan Perkhidmatan Maklumatnya, Riri Riani, dalam kenyataan pada Khamis.

Siasatan dan pemeriksaan fizikal yang dilakukan oleh Pejabat Kastam, keselamatan lapangan terbang, Pusat Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan dan AirAsia kemudian menemukan sejumlah 80,000 ekor benih udang karang hidup yang dibungkus dalam 40 beg plastik.

Beliau berkata menyedari keperluan untuk tindakan segera, benih udang karang itu segera dipindahkan ke Pusat Kuarantin Haiwan dan Tumbuhan Yogyakarta sebelum dilepaskan di Pantai Baru, Bantul.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 8:26 PM