WANITA warga Indonesia, Yuini Misradi berusia 43 tahun yang dilaporkan hilang sejak 19 April lalu. FOTO Ihsan Polis
WANITA warga Indonesia, Yuini Misradi berusia 43 tahun yang dilaporkan hilang sejak 19 April lalu. FOTO Ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan seorang wanita warga Indonesia yang dilaporkan hilang sejak 19 April lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan wanita itu dikenali sebagai Yuini Misradi berusia 43 tahun.

"Kali terakhir wanita terbabit yang ketinggian 160 sentimeter (sm) dilihat memakai seluar jeans.

"Alamat terakhir wanita terbabit adalah di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, di sini," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung wanita terbabit diminta menghubungi Balai Polis Tun H S Lee di talian 03-92212222.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 6:03 PM