THIRIYASHINI dilaporkan hilang sejak Selasa lalu. FOTO Ihsan PDRM
THIRIYASHINI dilaporkan hilang sejak Selasa lalu. FOTO Ihsan PDRM
Alias Abd Rani


Muar: Seorang murid Tahun Enam dikhuatiri hilang dari rumahnya di Taman Pagoh Jaya, Panchor, di sini sejak Selasa lalu.

Kehilangan Thiriyashini Murali Krishna, 12, hanya disedari ahli keluarga pada sekitar 6 petang.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata sehingga kini kanak-kanak itu belum ditemui.

Beliau berkata, menurut laporan dibuat keluarga, Thiriyashini dilaporkan keluar dengan seseorang dikenalinya..

"Justeru, polis sedang mengesan kanak-kanak itu dengan meminta bantuan orang ramai mempunyai maklumat mengenainya.

"Mereka berhubung mana-mana balai berhampiran atau menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di talian 06-9564800," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 6:35 PM