Laporan portal berita Harian Metro hari ini.
Laporan portal berita Harian Metro hari ini.
Noor Hidayah Tanzizi


BEDAH siasat mendapati punca kematian lelaki yang maut dipercayai dibunuh abangnya adalah disebabkan penyakit arteri koronari dengan luka tetak di kepala.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, laporan kematian mangsa itu diperolehi selepas selesai proses bedah siasat dijalankan pagi tadi.

“Bedah siasat selesai dijalankan pakar forensik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan mendapati punca kematian disebabkan penyakit arteri koronari dengan luka tetak di kepala,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Dalam kejadian 11.40 malam itu, mangsa, Hussain Maidin, 35, meninggal dunia di lokasi dengan kesan tetakan objek tajam di bahagian kepala.

Kejadian itu dipercayai berpunca pertengkaran dua beradik lelaki itu selepas mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai terdengar abangnya berusia 37 tahun bercakap kasar dengan ibu mereka.

Lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

Abang bunuh adik...

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 9:59 PM