ZVEREV terkejut melihat Guardiola menyaksikan perlawanannya. FOTO AFP
ZVEREV terkejut melihat Guardiola menyaksikan perlawanannya. FOTO AFP
AFP

London: Alexander Zverev mengibaratkan kebolehan tenisnya di Wimbledon seperti 'lembu di atas ais' selepas menawarkan diri kepada pengurus Manchester City, Pep Guardiola, untuk melatihnya.

Zverev, yang mara ke pusingan keempat dengan kemenangan mudah 6-4, 6-4, 7-6 (17/15) ke atas Cameron Norrie dari Britain, mengalami kecederaan pada lutut kanannya selepas tergelincir.

"Gelanggang Centre Court yang indah ini dan hadapan Royal Box adalah satu penghormatan untuk saya dan semua pemain tenis," kata Zverev, yang gugup melihat Guardiola hadir.

Guardiola, yang pernah melatih Bayern Munich sebelum ke City, didatangi tawaran menarik dari Zverev.

"Bayern Munich memerlukan seorang jurulatih. Jika anda bosan dengan bola sepak, anda boleh menjadi jurulatih saya di padang tenis pada bila-bila masa."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Julai 2024 @ 1:46 AM