REMAJA 14 tahun maut dalam kemalangan selepas kelas mengaji di Kilometer 20, Jalan Lipis - Merapoh berdekatan  Kampung Gua dekat sini. FOTO ihsan IPD Lipis
REMAJA 14 tahun maut dalam kemalangan selepas kelas mengaji di Kilometer 20, Jalan Lipis - Merapoh berdekatan Kampung Gua dekat sini. FOTO ihsan IPD Lipis
Amir Hamzah Nordin


Lipis: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang baru selesai belajar mengaji al-Quran meninggal dunia pada kemalangan di Kilometer 20, Jalan Lipis-Merapoh, berdekatan Kampung Gua dekat sini, jam 5.50 petang semalam.

Ketika kejadian, mangsa membonceng motosikal ditunggang rakannya.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Ismail Man berkata, mangsa, Nor Arisya Husniyah Azli Hisham, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan.

"Hasil siasatan awal, mangsa dalam perjalanan ke arah Padang Tengku.

"Tiba di simpang tiga Padang Tengku, motosikal ditunggang bertembung dengan lori dipandu lelaki warga tempatan berusia 58 tahun dari arah Ladang Selborne," katanya, hari ini.

Rakan mangsa dikejarkan ke Hospital Lipis untuk rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 1:22 PM