STARMER mengharapkan trofi Euro berjaya dijulang England. FOTO Reuters
STARMER mengharapkan trofi Euro berjaya dijulang England. FOTO Reuters
Agensi

London: Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer berkata, akan ada sambutan untuk meraikan kejayaan jika England muncul juara Euro 2024, namun tidak mungkin akan ada cuti tambahan jika kemenangan itu tercapai.

Starmer enggan mengumumkan cuti tambahan, dengan alasan dia tidak mahu 'mengelak nasib malang' dengan mendahului keputusan akhir antara pasukan bimbingan Gareth Southgate dan Sepanyol yang bakal berentap pagi Isnin.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan akan ada bentuk perayaan jika England memenangi kejohanan bola sepak utama lelaki yang pertama sejak 1966.

Starmer, yang sebelum ini berkata, 'nampaknya' kejayaan semakin menghampiri mereka, mengatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri jika pasukan itu gagal dalam perlawanan akhir dan tidak memenuhi ramalannya.

Parti Liberal Demokratik meminta cuti tambahan selepas England menang 2-1 ke atas Belanda di separuh akhir.

Starmer sebelum ini menyokong seruan untuk cuti ihsan apabila pasukan bola sepak wanita England melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia tahun lalu.

Ditanya sama ada beliau akan menyokong cuti diberikan jika pasukan Southgate menang, beliau memberitahu penyiar di Washington DC: "Kita pastinya harus menyambut acara ini, saya tidak mahu menjauhkan diri dengan nasib yang lebih baik.

"Saya menghadiri final Euro yang lalu, saya tidak mahu melalui itu lagi. Saya tidak mahu menjauhkan nasib baik tetapi kita mesti meraikannya dengan cara tertentu. Tetapi perkara yang paling penting adalah menyelesaikannya pada hari Ahad (Isnin pagi)."

Starmer, seorang penyokong Arsenal yang sering bermain bola sepak lima sebelah berkata, kemenangan England di separuh akhir Rabu adalah 'fantastik'.

Beliau menonton Harry Kane menjaringkan gol penyamaan England di separuh akhir, dalam satu bilik khas dengan rakan sejawatnya dari Belanda, Dick Schoof.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 1:58 PM