Khabar angin mengenai rumah tangga artis terkenal ini bergoyang sudah lama diperkatakan, namun sehingga kini belum ada apa-apa pengesahan mengenainya.

Setiap kali perkara itu diajukan, artis ini bijak mengelak. Malah, pernah satu ketika menjauhkan diri dari rakan media.

Bagaimanapun, menurut beberapa sumber hubungannya dengan suami tidak dapat diselamatkan lagi dan mereka terpaksa bertahan berikutan sudah menandatangani kontrak dengan satu produk. Antara syarat yang dipersetujui ialah mereka tidak boleh bercerai selagi kontrak tidak tamat.

Ada desas-desus mengatakan pasangan ini sudah berpisah, tetapi belum ada bukti kukuh mengenainya.

Terbaru, Sha dapat tahu artis ini sudah berani tayang kekasih dan sering dilihat keluar bersama. Malah, khabarnya ada perancangan mahu berkahwin dan dia sudah bersedia mengumumkan perceraiannya dalam waktu terdekat.

Sejauh mana kebenaran perkara ini, Sha sendiri tidak pasti. Kalau ditanya pada empunya badan, jawapannya pasti sama seperti sebelum ini dan biarlah masa menjelaskan segala-galanya.

Sha percaya sampai masa artis ini pasti bersedia buka mulut berkongsi kebenaran yang terselindung selama ini.

Apapun, Sha mendoakan yang terbaik buat artis ini dan harap dia berbahagia dengan apa juga pilihan yang dibuat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Oktober 2014 @ 9:06 AM