Kalau namanya artis terkenal, pasti kehadirannya jadi perhatian ramai, termasuk di kaunter agensi kerajaan sebagaimana berlaku baru-baru ini.

Sha difahamkan, ada kakitangan di kaunter bertugas cuba beramah mesra dengan pelakon jelita yang kini bercinta dengan jejaka berprofil tinggi.

Walaupun pelakon itu nampak kurang mesra, mereka ketepikan perasaan malu dan tetap bertegur sapa. Namun balasan diterima sungguh me­ngejutkan. Jangankan nak buka mulut, senyum pun tidak.

Dengan muka 'kekwat', artis itu langsung tidak mempedulikan orang sekeliling. Se­olah-olah dia hanya berurusan dengan mesin.

Dari mula sampai selesai urusan, dia bersikap sombong dan angkuh. Terkejut juga petugas agensi itu apabila melihat perlakuan pelakon berkenaan. Kot ia pun tak suka atau tidak ada 'mood' untuk berbasa-basi, apa salahnya menghadiahkan senyuman.

Ramai rasanya artis berurusan di kaunter berkenaan tetapi tidaklah menyombong tak bertempat seperti pelakon ini.

Kata seorang petugas, artis yang lebih terkenal pun tak macam pelakon itu. Mereka pandai bermasyarakat dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling. Tak pula diam membatu bila ditanya atau muncung sedepa hingga buat orang hilang rasa hormat.

Tak rugi pun cuba berbaik dengan orang sekeliling, apatah lagi mungkin ada antara di situ meminati serta menyokong lakonannya selama ini.

Ada betulnya juga kata-kata itu. Sepatutnya artis ini ikut resmi padi, makin berisi makin menunduk, bukan meletakkan jurang antaranya dengan ma­syarakat.

Kalau dah tahu diri ada sindrom angin kuskus, saran Sha bila 'mood' tak baik, duduk saja diam-diam di rumah. Tak payah nak tunjuk muka ketat sebab nanti disalah tafsir orang dan nama sendiri juga yang tercalar seperti yang berlaku dalam kejadian ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:00 AM