OYARZABAL pada sidang media menjelang perlawanan menentang Jerman. -FOTO AFP
OYARZABAL pada sidang media menjelang perlawanan menentang Jerman. -FOTO AFP
Agensi

Munich: Sepanyol "tidak akan leka" di Euro 2024 ketika orang ramai menganggap mereka sebagai "pasukan pilihan," kata penyerang Mikel Oyarzabal.

Mereka mengungguli Kumpulan B sebelum menewaskan Georgia 4-1 untuk menetapkan pertemuan di suku akhir menentang tuan rumah Jerman awal pagi Sabtu ini.

Oyarzabal berkata prestasi Sepanyol di Kejohanan Eropah mengubah persepsi orang ramai dan tiada lagi keraguan mengenai kemampuan mereka yang sebelum ini dipersoalkan.

"Mereka mengatakannya itu sekarang, tetapi tiga minggu lalu tiada siapa yang berkata demikian tentang kami," kata penyerang Real Sociedad itu.

"Kami berpegang pada idea yang sama dan meneruskan dengan cara yang sama, mempercayai diri kami sendiri, mengetahui kami boleh bersaing dengan sesiapa sahaja."

Sepanyol mengharungi 44 tahun tanpa trofi utama sebelum memenangi Euro 2008, trofi pertama daripada tiga trofi ketika mereka memenangi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.

Trofi pertama mereka selepas itu adalah Liga Negara-negara pada 2023 dengan pasukan yang sama mempamerkan aksi cemerlang di Jerman dan Oyarzabal berkata Sepanyol "mampu bersaing dengan sesiapa sahaja".

"Bagi saya dan mana-mana kami di sini, kami mempunyai pasukan kebangsaan yang terbaik," kata Oyarzabal.

"Kami mempunyai pemain terbaik, rakan sepasukan terbaik. Kami semua bersatu, tiada perpecahan dalam pasukan, kami semua rasa kami penting."

Bagaimanapun jika mereka merasakan mereka adalah yang terbaik, mereka perlu melepasi halangan tuan rumah, Jerman yang 'lebih 'sukar' yang muncul juara kumpulan dan menewaskan Denmark di peringkat 16 terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2024 @ 1:58 PM