PEMENANG bergambar beramai-ramai selepas kejohanan.
PEMENANG bergambar beramai-ramai selepas kejohanan.
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Tiga pemain utama iaitu K Joshua, Teoh Min Yi dan Lee Han Ning muncul juara berganda dalam kategori masing-masing di pusingan ketiga Kejohanan Badminton Remaja Allianz di Dewan KBA, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.

Joshua dari Kolej Sultan Abdul Hamid yang cemerlang bagi acara perseorangan lelaki Bawah 15 Tahun (B-15) meneruskan momentum dalam acara beregu lelaki apabila gandingan bersama Chong Lee Qia dari SMJK Sin Mi muncul juara beregu lelaki.

Perkara sama berlaku dalam kategori wanita apabila Min Yi memenangi dua acara itu sementara Han turut mengikut jejak Joshua dan Min Yi bagi kategori perempuan B-13.

Selain itu, kategori B-11 menyaksikan pasangan kembar bertembung di final sebelum E Xingnee dari SJKC Keat Hwa (H) menewaskan kembarnya dari sekolah sama, E Xingnian.

"Kami mempunyai hubungan sukar untuk digambarkan. Saya hanya tahu apa dia fikirkan dan begitu juga sebaliknya kerana dia tahu papa yang ada dalam fikiran saya," kata Xingnian.

Pasangan kembar berusia 11 tahun dari Alor Setar itu mendapatkan bimbingan jurulatih, Tan Seng Hoe yang juga ayah kepada pemain beregu wanita negara, Pearly Tan.

Tahun lalu, lebih 2,500 pemain menyertai AJBC dan penyertaan dijangka meningkat kepada 3,000 tahun ini dalam 10 pusingan kelayakan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2024 @ 2:54 PM