Ada peminat memaklumkan pasangan romantik, Khai dan Rosma buka kafe di sebuah pusat beli-belah di Cheras Selatan. Kafe diberi nama CoffeeRich Cafe by Khai Rosma itu beroperasi sejak 15 Januari lalu.

Katanya, sedap juga makanan serta minuman yang disediakan di kafe berkenaan. Malah, boleh dikatakan setiap hari pasangan itu ada di kafe bagi memantau perniagaan dan melayan pelanggan.

Kedua-duanya ramah dan pandai mengambil hati pelang­gan. Peminat ini pun sudah ­beberapa kali ke kafe itu dan mencuba beberapa juadah yang diperkenalkan.

Tahniah diucapkan kepada Khai dan Rosma. Sepanjang mengenali pasangan ini, mereka memang pandai cari duit. Pantang ada peluang depan mata, pasti dimanfaatkan sebaik mungkin.

Sebelum ini, Rosma mengeluarkan produk pelangsing badan dan kini membuka kafe pula. Diam-diam berisi rupanya pasa­ngan ini. Kesungguhan mereka wajar dijadikan contoh ramai, termasuk rakan artis.

Peminat yang merindui pasa­ngan ini boleh berkunjung ke kafe mereka. Sambil menikmati juadah boleh berbual dan kalau ada rezeki dapat dengar pasangan ini me­nyanyi. Rasanya kalau ada permintaan, takkan Khai dan Rosma menolak, kan?

Sha pun teringin merasa kopi yang dibancuh sendiri Rosma atau Khai. Dengan adanya kafe ini, bertambah lagilah tempat lepak yang boleh Sha kunjungi di hujung minggu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:01 AM