NAIM (dua dari kiri) melihat potret Raja Sulaiman sambil diperhatikan Dr Adel Zaid (kanan sekali) pada Pesta Buku Antarabangsa Riyadh (RIBF) 2017 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Riyadh (RICEC), kelmarin.
NAIM (dua dari kiri) melihat potret Raja Sulaiman sambil diperhatikan Dr Adel Zaid (kanan sekali) pada Pesta Buku Antarabangsa Riyadh (RIBF) 2017 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Riyadh (RICEC), kelmarin.
Yusri Abdul Malek


PELAJAR Sekolah Seni Johor, Naim Hamid Hamidin, 14, mengambil masa hampir seminggu untuk menyiapkan lukisan minyak potret Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, yang melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, pada 26 Februari hingga 1 Mac lalu.

Lukisan minyak yang dilukis atas kanvas berukuran 60 sentimeter x 72.5 sentimeter itu disampaikan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai cenderamata kepada Menteri Penerangan dan Kebudayaan Arab Saudi, Dr Adel Zaid Al-Toraifi.

Lukisan itu diserahkan di Pesta Buku Antarabangsa Riyadh (RIBF) 2017 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Riyadh (RICEC), di Riyad, Arab Saudi, semalam.

Naim yang mengambil aliran Seni Visual turut hadir untuk sama-sama menyaksikan lukisan potret yang dilukisnya itu disampaikan kepada wakil Raja Salman.

Anak kedua daripada empat beradik kepada pensyarah kanan Universiti Malaya (UM) dan peguam itu memang minat serta berbakat dalam melukis sejak kecil.

Malah, pada usia 10 tahun, dia sudah mahir melukis menggunakan cat minyak.

Potret Raja Salman adalah tokoh pemimpin negara yang pertama, namun dia sudah banyak menghasilkan lukisan potret menggunakan cat minyak dan air warna.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Mac 2017 @ 7:15 PM