ALLAHYARHAM Nik Zulkiflee. FOTO ihsan polis
ALLAHYARHAM Nik Zulkiflee. FOTO ihsan polis
Roselan Ab Malek


Lipis: Seorang guru pengsan di Masjid Baru Benta, di sini, semalam sebelum disahkan meninggal dunia.

Mangsa, Nik Zulkiflee Nik Yusof, 48, yang pengsan dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.05 petang semalam.

Difahamkan Allahyarham bertugas di sebuah sekolah rendah agama di Kota Bharu, Kelantan dalam perjalanan bersama keluarga untuk bercuti di rumah mentua di Negeri Sembilan.

Mangsa singgah sebentar di masjid ketika dalam perjalanan itu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, polis menerima panggilan memaklumkan mangsa pengsan di Masjid Baru Benta.

"Mangsa dibawa ke klinik kesihatan oleh orang ramai untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2022 @ 10:46 AM