KANAK-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di Kampung Botung ditemukan selamat di Kampung Bobot. FOTO ihsan bomba
KANAK-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di Kampung Botung ditemukan selamat di Kampung Bobot. FOTO ihsan bomba
Juwan Riduan


Kota Belud: Kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di Kampung Botung berhampiran Kem Paradise Kota Belud, di sini, pagi tadi, ditemukan selamat.

Adira Abdullah, 9, ditemukan selamat pada jam 3.15 petang oleh saudaranya.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Riki Mohan Singh Ramday berkata, mangsa ditemui di Kampung Bobot iaitu pada jarak lima kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang.

"Mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, kanak-kanak itu disedari hilang pada jam 6.30 pagi tadi.

Ibu angkatnya memaklumkan kanak-kanak terbabit tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan namun sering berhalusinasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 5:26 PM