NAJIB  bersama menteri luar ASEAN pada persidangan AMM ke-58 di PWTC, semalam.
NAJIB bersama menteri luar ASEAN pada persidangan AMM ke-58 di PWTC, semalam.
Hairulazim Mahmud dan Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Keutamaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN ialah melonjakkan keupayaannya sebagai ‘pemain’ dunia, sekali gus membolehkan suara kesepaduan blok ini didengari dunia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tiada sebab untuk rantau ini tidak berperanan dalam komuniti antarabangsa selepas banyak langkah tepat dilakukan melangkau sempadan.

“Banyak isu termasuk perubahan iklim, jenayah merentas negara, ancaman pengganas dan migrasi memerlukan kerjasama pelbagai pihak untuk diselesaikan.

“Ia tidak dapat diselesaikan oleh satu blok secara bersendirian sebaliknya memerlukan kerjasama dan dialog antara rantau kerana ia lebih efektif. Sudah tiba masanya ASEAN memperlihatkan potensi sebenarnya dalam forum multilateral.

“ASEAN mesti tegas dan lantang menyuarakan keyakinan masa depannya walaupun keupayaan rantau ini sering dipandang remeh,” kata beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Menteri ASEAN (AMM) ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 8:28 AM