Istiadat perbarisan kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah.
Istiadat perbarisan kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah.
M Hifzuddin Ikhsan


Alor Setar: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat menghadiri Istiadat Perbarisan Kehormatan Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-82, hari ini.

Turut berangkat menyaksikan istiadat itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Norizan Khazali serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Seramai 103 anggota dan tiga pegawai Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terbabit dalam perbarisan kehormatan yang berlangsung di Dataran Medan Bandar, di sini.

Mengetuai perbarisan adalah Mejar Muhammad Afiq Ismail dan Pegawai Pembawa Panji-Panji adalah Leftenan Muhammad Afdhal Zikry Jamsaari, manakala Sarjan Mejar Rejimen Panji-Panji adalah Pegawai Waran 1 Mohd Badrul Mustafa.

Pancaragam yang mengiringi kawalan kehormatan adalah dari Pusat RAMD di bawah pimpinan Kapten Muhamad Fauzee Japar dan dibantu Pegawai Waran 2 Alif Farhan Hashim.

Sejumlah 21 das tembakan turut dilepaskan sepanjang istiadat berlangsung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 4:57 PM