Kuala Lumpur: Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48 semalam sekali lagi menegaskan pendirian supaya Kod Tatalaku (COC) berkaitan isu pertikaian di Laut China Selatan disegerakan.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, AMM sedar bahawa kepercayaan dan keyakinan antara pihak bertelagah semakin berkurangan berikutan perkembangan terkini di wilayah maritim yang dipertikaikan itu.

Katanya, turut diambil perhatian ialah kontroversi kerja menebus guna tanah yang meningkatkan kebimbangan di wilayah terbabit.

“Sehubungan itu, kami menggesa pegawai kanan semua pihak terbabit untuk menyegerakan perbincangan supaya COC dapat dihasilkan secepat mungkin.

“Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku (DOC) pihak di Laut China Selatan secara menyeluruh dan berkesan mesti diutamakan,” katanya kepada media pada hari kedua AMM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 8:24 AM