TANG Jie (kanan) dan Ee Wei giat menjalani latihan. FOTO ASYRAF HAMZAH
TANG Jie (kanan) dan Ee Wei giat menjalani latihan. FOTO ASYRAF HAMZAH
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terus mempertingkatkan corak latihan dan mencari formula terbaik untuk menambah persefahaman di dalam gelanggang sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik Paris bulan depan.

Bagi Ee Wei, dia dan Tang Jie akan melakukan perbincangan dengan lebih kerap dan sering betukar idea bagi memastikan kedua-duanya dapatkan menampilkan aksi terbaik di temasya terbesar dunia itu nanti.

Tambahnya lagi, mereka perlu lebih bersedia dalam pelbagai aspek kerana sudah pasti setiap lawan ditemui mahu mengalahkan mereka.

"Buat masa ini saya kita memang tidak fikir lagi (situasi di Olimpik) kerana kita tunggu sampai sana dulu. Sekarang yang penting perlu 100 peratus jaga diri dan jangan ada kecederaan sebelum kejohanan ini bermula.

"Kami juga ada bincang (strategi dan taktikal) lebih kerap kerana kami mesti buat sesuatu yang lain sebab akan bertemu pemain terbaik dunia. Jadi memang ada perkara itu dilakukan. Sebelum ini juga pernah dilakukan dan ini bukanlah pertama kali.

"Kami juga lakukan latihan mental dan banyak lihat video untuk mengkaji corak permainan bagi meningkatkan lagi persefahaman antara kami di dalam gelangggang. Ini kerana lawan pasti mahukan kalahkan kami seperti mana kami begitu semangat untuk kalahkan lawan yang ranking lebih tinggi dari kami,"katanya.

Di samping itu, Ee Wei juga berpendapat suasana di Kejohan Jelajah Akhir Dunia BWF dan pentas Olimpik sangat berbeza dan tidak akan sama atmosferanya kerana temasya olimpik itu berlangsung empat tahun sekali.

Selain itu, Tang Jie juga mengambil pendekatan sama seperti pasanganya dengan menggandakan usaha iaitu memberi tumpuan lebih banyak di dalam gelanggang.

"Saya juga sering lakuan perbincangan dengan pasangan (Ee Wei) dan jurulatih (Nova Widianto)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 5:02 PM