Kuala Lumpur: Pemantauan udara menjadi ciri tambahan keselamatan ketika berlangsung mesyuarat ASEAN di ibu negara dengan jangkaan kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry, minggu depan.

Polis akan menggunakan helikopter dan pesawat kepak kaku dalam operasi itu apabila menteri dan diplomat ASEAN berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48, Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan bermula semalam hingga 6 Ogos.

Timbalan Pengarah Bahagian Sekretariat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Asisten Komisioner Hapka Mohd Said berkata, pemantauan udara akan melengkapkan aset lain di darat untuk memastikan keselamatan delegasi. – BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2015 @ 5:05 AM