PEMAIN Hungary kecewa selepas gagal melepasi peringkat kumpulan Euro 2024. FOTO Agensi
PEMAIN Hungary kecewa selepas gagal melepasi peringkat kumpulan Euro 2024. FOTO Agensi
Reuters

Stuttgart, Jerman: Hungary hadir di pentas Euro 2024 dengan status sebagai pasukan paling 'kebal' dalam pusingan kelayakan apabila tidak pernah tewas untuk layak ke Jerman.

Begitupun, rentak sama gagal diulang dalam saingan sebenar apabila gagal melepasi peringkat kumpulan selepas sekadar menamatkan kempen di tangga ketiga Kumpulan A di belakang Jerman dan Switzerland.

Anak buah Marco Rossi cuba bangkit pada aksi terakhir kumpulan selepas tumbang di dalam dua aksi awal dengan menumpaskan Scotland 1-0.

Harapan untuk melangkah ke peringkat 16 terbaik selaku empat pasukan terbaik di tangga ketiga lebur apabila Georgia mengejutkan Portugal dalam aksi terakhir Kumpulan F sekali gus memintas Hungary untuk melangkah ke pusingan kalah mati itu.

"Jika dilihat semula, agak merugikan pasukan kerana Hungary berada dalam kumpulan pertama yang menamatkan perlawanan mereka.

"Jadi beberapa pasukan kebangsaan lain sudah mengetahui dengan tepat apa yang diperlukan daripada mereka sebelum perlawanan terakhir mereka sendiri," kata Persekutuan Bolasepak Hungary.

Hungary tewas pada aksi pembukaan kepada Switzerland dengan 3-1 sebelum Jerman yang juga pasukan tuan rumah mudah membenam skuad kendalian Rossi 2-0 pada aksi kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 7:27 PM