VENEZUELA teruskan perjuangan tanpa Batista. FOTO AFP
VENEZUELA teruskan perjuangan tanpa Batista. FOTO AFP
Reuters

Texas: Venezuela akan menentang Jamaica dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Copa America esok, tetapi jurulatih Fernando Batista tidak bersama pasukan di bangku simpanan selepas digantung oleh Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL).

Batista digantung satu perlawanan selepas ketibaan lewat Venezuela ke padang permainan dalam kemenangan 1-0 mereka ke atas Mexico, menyertai jurulatih Chile, Ricardo Gareca dan Lionel Scaloni dari Argentina yang juga dihukum oleh badan induk bola sepak Amerika Selatan itu.

"Batista sangat terluka kerana beliau tidak akan dapat memimpin pasukan, tetapi kami menghormati keputusan itu," kata penolong jurulatih, Leandro Cufre pada sidang akhbar.

Venezuela akan bertembung dengan Jamaica tatkala mereka memimpin Kumpulan B dengan enam mata, selepas mengesahkan tempat dalam lapan terakhir dan berkemungkinan mara sebagai juara kumpulan, berpotensi mengelak juara bertahan Argentina pada pusingan seterusnya.

"Kami perlu memikirkan untuk mengeluarkan pasukan terbaik yang kami mampu kerana perkara paling penting esok adalah untuk mendapatkan keputusan yang baik," tambah Cufre.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 8:28 AM