PEMAIN Serbia meraikan kejayaan mara ke Euro 2024. FOTO AFP
PEMAIN Serbia meraikan kejayaan mara ke Euro 2024. FOTO AFP
Reuters

Leskovac: Serbia layak ke Euro 2024 berikutan keputusan seri 2-2 di tempat sendiri menentang Bulgaria dalam kelayakan Kumpulan G, ketika Montenegro tumbang 1-3 kepada Hungary.

Serbia memulakan saingan dengan dua mata di hadapan Montenegro, dan dua mata di belakang Hungary yang sudah layak.

Satu mata akan menjamin kelayakan walaupun Montenegro menang di Budapest berikutan rekod pertemuan mereka.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-16 dengan tandukan Milos Veljkovic, tetapi Bulgaria bangkit pada separuh masa kedua menerusi gol Georgi Rusev pada minit ke-59 dan Kiril Despodov 10 minit kemudian.

Serbia memperoleh gol penyamaan pada minit ke-82 ketika Srdjan Babic menanduk masuk dari jarak dekat, untuk menenangkan kegelisahan penyokong tuan rumah.

Dalam perlawanan lain Montenegro mendahului pada minit ke-36 menerusi Slobodan Rubezic, tetapi pemain Hungary, Dominik Szoboszlai menjaringkan dua gol dalam dua minit pada separuh masa kedua dan Adam Nagy menyambar jaringan pada masa tambahan untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Hungary mendahului kumpulan dengan 18 mata dengan Serbia 14, dan Montenegro menduduki tempat ketiga dengan 11 mata dan gagal mara ke playoff.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2023 @ 1:44 PM