TIGA beradik yang melarikan diri kerana dimarahi ibu ketika ditemui pihak polis. FOTO Agensi
TIGA beradik yang melarikan diri kerana dimarahi ibu ketika ditemui pihak polis. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Tiga beradik dari daerah Maharajganj, Uttar Pradesh, nekad melarikan diri dari rumah selepas dimarahi ibu kerana tidak belajar.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka berusia tiga, enam dan 14 tahun ditemukan selamat di New Delhi.

IndiaToday melaporkan, mereka mendapatkan bantuan daripada orang ramai untuk menghubungi seorang pemuda dari kampung mereka selepas kehabisan wang.

Polis Uttar Pradesh kemudian mengerahkan pasukannya menyelamatkan semua kanak-kanak itu selepas menerima laporan daripada keluarga mereka.

Superintendan Polis Somendra Meena turut mengarahkan pasukan SWAT bagi mencari kanak-kanak itu dengan segera.

Ketika siasatan, kakak sulung memaklumkan dia menggunakan telefon bimbit orang ramai yang ditemui untuk menghubungi seorang pemuda di kampungnya untuk mendapatkan bantuan.

Maklumat itu kemudian diserahkan kepada polis, yang mengkoordinasi pencarian kanak-kanak berkenaan.

Meena turut mengesahkan semua mereka selamat dan sudah kembali ke pangkuan keluarga.

"Tindakan pantas daripada pihak polis membolehkan kami menemui kanak-kanak itu dalam tempoh empat hari selepas kehilangan dilaporkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 8:23 AM