LOKASI letupan mercun di sebuah gudang di Bandar Zamboanga. FOTO FB  Philippine Star
LOKASI letupan mercun di sebuah gudang di Bandar Zamboanga. FOTO FB Philippine Star
Bernama-Xinhua

Manila: Satu letupan kuat meranapkan sebuah gudang mercun di Bandar Zamboanga di selatan Filipina pada petang Sabtu, meragut lima nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 20 orang, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa tempatan berkata letupan itu yang berlaku selepas pukul 4 petang waktu tempatan, memberikan impak dalam radius 1.14 kilometer dan merosakkan kawasan penempatan dan komersial berhampiran gudang itu.

Datuk Bandar John Dalipe yang bergegas ke lokasi letupan mengesahkan kepada wartawan lima orang maut dan pasukan penyelamat mengejarkan 20 orang lagi ke hospital.

Pejabat Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana bandar itu menyenaraikan lapan pesakit dalam keadaan kritikal.

Kolonel Polis Kimberly Molitas, Pengarah Kota Pejabat Polis Bandar Zamboanga berkata seorang kanak-kanak antara yang terbunuh.

Beliau memberitahu wartawan anggota bomba dan polis sedang menyiasat punca letupan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 7:25 AM