NAGELSMANN (kanan) akui Jerman memberikan aksi terbaik pada separuh masa pertama. FOTO Reuters
NAGELSMANN (kanan) akui Jerman memberikan aksi terbaik pada separuh masa pertama. FOTO Reuters
Reuters

Dortmund: Kemenangan kalah mati pertama Jerman pada kejohanan utama dalam tempoh lapan tahun akan meningkatkan jangkaan peminat bahawa bekas kuasa besar sukan itu kembali ke tahap terbaik mereka pada Euro 2024, tetapi pemain tidak akan merasa tertekan, kata jurulatih Julian Nagelsmann.

Tuan rumah bergemerlapan pada permulaan kemenangan 2-0 mereka ke atas Denmark, dengan Nagelsmann menyifatkan 20 minit pertama mereka sebagai 'yang terbaik daripada keseluruhan kejohanan', sebelum Denmark mengheret Jerman ke dalam persaingan sukar.

"Saya rasa kami tidak mempunyai tekanan lebih daripada biasa," kata Nagelsmann kepada pemberita.

"Saya rasa peminat dan juga jangkaan peminat kami adalah dorongan besar untuk kami.

"Kami boleh menangani tekanan. Bagi saya, ia masih satu keistimewaan dan kami juga memberitahu pemain bahawa ia adalah satu keistimewaan bermain permainan bola sepak di bawah tekanan. Semua pemain sudah biasa menanganinya, jadi ia tiada masalah."

Kemenangan Jerman pada akhirnya adalah satu yang selesa dan mereka boleh menang dengan lebih daripada dua gol tetapi dihalang oleh ketangkasan penjaga gol, Kasper Schmeichel serta pembaziran peluang keemasan di depan gol.

Berkenaan dengan jaringan pemain lawan dan penalti yang diperoleh kedua-duanya berkaitan dengan Joachim Andersen, Nagelsmann berkata, keputusan itu sangat sulit.

"Saya faham Denmark marah (dengan keputusan penalti), ia agak keras tetapi begitulah peraturannya.

"Iya, (Andersen) baru sahaja berlari, dia tidak melakukannya dengan sengaja, tetapi itulah peraturannya.

"Jadi saya juga akan marah jika ia sebaliknya, tetapi saya perlu menerima peraturan itu."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2024 @ 9:44 AM