KvARATSKHELIA (kanan) ancaman paling bahaya buat Czech. FOTO AFP
KvARATSKHELIA (kanan) ancaman paling bahaya buat Czech. FOTO AFP
Reuters

Hamburg: Republik Czech mensasarkan untuk merantai pemain sayap Georgia, Khvicha Kvaratskhelia dalam pertembungan Euro 2024 esok sambil membiarkan penyerang mereka bermaharajalela berbeza ketika aksi sulung mereka.

Pasukan bimbingan Ivan Hasek sebahagian besarnya bertahan dalam perlawanan Kumpulan F pertama mereka di mana mereka tewas 1-2 kepada Portugal, dan mahu lebih banyak mengekspresikan diri mereka menentang Georgia yang turut tumpas pada aksi sulung.

"Kami benar-benar mahu menyerang, mendapatkan bola mati, dan menjadi berbahaya," kata Hasek, yang mengisytiharkan seluruh pasukannya cergas untuk perlawanan di Hamburg.

"Kami tidak menyerang dengan baik pada perlawanan pertama, dan itulah sebabnya kami mahu melakukannya esok. Kami mahu menunjukkannya."

Georgia yang kali pertama beraksi di Euro memberi Turkiye perjalanan yang sukar dalam perlawanan pertama mereka, walaupun tewas 1-3, dan akan berharap sekali lagi untuk bertahan dengan gagah dan melakukan serangan balas pantas.

"Kami perlu benar-benar fokus dan tidak membiarkan mereka melakukan serangan balas pantas, itu adalah ancaman terbesar mereka," kata pemain tengah Czech, Antonin Barak.

Bakat utama Georgia ialah pemain sayap Napoli, Khvicha Kvaratskhelia, yang digelar peminat sebagai 'Kvaradona' merujuk kepada mendiang wira Argentina, Diego Maradona.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 11:07 PM