ATLET angkat berat Pahang yang akan bersaing di Sukma Sarawak. FOTO MOHD RAFI MAMAT
ATLET angkat berat Pahang yang akan bersaing di Sukma Sarawak. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pasukan angkat berat Pahang menyenaraikan 12 atlet lelaki dan perempuan untuk membawa cabaran pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 Sarawak, Ogos ini.

Lima atlet perempuan dan tujuh lelaki mengalas misi membawa pulang dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa. Mereka berpengalaman luas dan lebih dua tahun mengikuti program latihan di bawah Majlis Sukan Pahang (MSP) dan Persatuan Angkat Berat Amatur Pahang (PABAP).

Lima atlet perempuan yang bersaing dalam kategori 45 hingga 76 kilogram (kg) ialah Nur Dania Nasyiha Abdullah, Noorshahida Muhd Saiffol Azami, Wardina Husna Abdullah, Marsyahirazawati Muhd Rais dan Nur Izzati Insyirah Rahim.

Tujuh atlet lelaki yang berjuang dalam kategori 55 hingga 96kg ialah Mohamad Rahimi Sulaiman, Solihin Amin Mohd Ssharulnizam, Muhammad Amin Khairul Anuar, Danny Hairie Soh, Izuddin Khairuddin, Mohamad Fikri Izzaqil Razali dan Muhamad Farris Haikal Kamarul.

Jurulatih angkat berat Pahang, Sapri Ab Latip berkata, atlet berkenaan kini mengikuti latihan pusat peringkat akhir di pusat latihan angkat berat di Rompin. Beliau berkata, mereka akan bersaing dalam lapan kategori yang dipertandingkan.

Katannya, kehadiran badang kebangsaan (Mohamad Rahimi) diharap dapat menyuntik semangat pada atlet lain untuk berusaha lebih gigih memburu kejayaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 10:04 PM