HASEK harap nasib malang itu berubah pada aksi terakhir peringkat kumpulan. FOTO REUTERS
HASEK harap nasib malang itu berubah pada aksi terakhir peringkat kumpulan. FOTO REUTERS
Reuters

Hamburg: Jurulatih Republik Czech, Ivan Hasek merungut mengenai nasib malang skuadnya setakat ini di Euro 2024 dan mengharapkan perubahan dalam perlawanan terakhir Kumpulan F menentang Turki selepas seri 1-1 dengan Georgia.

Pendatang baharu Euro, Georgia, mengikat Czech dengan keputusan seri, selepas mendahului secara mengejut menerusi sepakan penalti Georges Mikautadze sebelum gol penyamaan hadir melalui Patrik Schick.

Czech yang menghadiahkan gol sendiri kepada Portugal dalam kekalahan pembukaan 1-2, terlepas peluang menyamakan kedudukan pada masa kecederaan dalam perlawanan itu.

Kali ini jaringan mereka pada separuh masa pertama menentang Georgia dibatalkan kerana bola terkena tangan dan selepas itu melepaskan gol menerusi sepakan penalti sebelum rehat,

"Jelas sekali kami mempunyai nasib malang dalam beberapa situasi tetapi mungkin kami akan bernasib baik dalam perlawanan seterusnya," kata Hasek.

"Kami menguasai permainan tetapi gagal menjaringkan gol kedua. Dua puluh enam percubaan membuktikan untuk diri mereka sendiri. Kami harus mengakui kami gembira kerana lawan kami tidak menukar peluang mereka di pada saat-saat akhir."

Czech mengumpul satu mata daripada dua perlawanan dan perlu memenangi perlawanan terakhir kumpulan mereka untuk mara ke peringkat kalah mati di Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 1:34 AM