REAKSI Hasek (kanan) ketika Czech menenentang Turkiye. FOTO Reuters
REAKSI Hasek (kanan) ketika Czech menenentang Turkiye. FOTO Reuters
AFP

Hamburg: Jurulatih Republik Czech Ivan Hasek mengakui penyingkiran pasukannya di peringkat kumpulan Euro 2024 selepas ditewaskan Turkiye 1-2 awal pagi tadi adalah satu kegagalan.

Czech beraksi lebih 70 minit dengan 10 pemain selepas Antonin Barak dilayangkan dua kad kuning sebelum Cenk Tosun memusnahkan impian mereka dengan jaringan lewat perlawanan.

"Saya perlu katakan kami pulang dengan kegagalan. Kami kecewa kerana pasukan ini mempunyai kemampuan untuk mara," kata Hasek.

"Saya minta maaf bagi pihak pemain. Mereka beraksi sangat bagus malam ini. Mereka tanggung risiko kecederaan sehingga tamat permainan."

Kad merah Barak memberikanTurkiye kelebihan besar dalam perlawanan yang mereka hanya perlukan seri untuk menduduki tangga kedua dalam Kumpulan F dan tempat ke peringkat 16 terakhir.

Hakan Calhanoglu meletakkan Turkiye di depan tetapi disamakan Tomas Soucek sebelum Tosun menjaringkan gol kemenangan.

"Saya belum teliti video dua kesalahan Barak, saya tak mahu cakap mengenainya," tambah Hasek.

"Ia memberikan kesan kepada perlawanan, kami merancang strategi sebelum itu tetapi saya tak mahu kata kami tidak menang kerana pengadil. Kami sepatutnya menewaskan Georgia dan perlawanan ini pastinya boleh sama sekali berbeza."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 7:52 AM