BARISAN pemain dan pegawai Georgia meraikan kemenangan ke atas Portugal. FOTO Agensi
BARISAN pemain dan pegawai Georgia meraikan kemenangan ke atas Portugal. FOTO Agensi
AFP

Tbilisi, Georgia: Durian runtuh berjumlah RM47 juta menanti barisan pemain dan pegawai Georgia di atas kejayaan mara ke pusingan 16 terbaik Euro 2024 di Jerman, kata individu terkaya negara itu, Bidzina Ivanishvili.

Kemenangan 2-0 Georgia ke atas Portugal semalam kejayaan bersejarah dalam penampilan pertama negara itu di kejohanan utama antarabangsa.

Ivanishvili yang juga jutawan di Georgia menghadiahkan wang itu sebagai tanda penghargaan kepada pasukan bola sepak yang mengharumkan nama negara itu.

Malah, jumlah itu bakal meningkat jika mampu menewaskan Sepanyol di pusingan 16 terbaik dan mara ke suku akhir.

"Tambahan 30 juta lira (RM47 juta) bakal menanti pasukan jika mampu menumbangkan Sepanyol," katanya.

Ivanishvili cukup terkenal di Georgia di mana pernah menjawat jawatan selaku Perdana Menteri negara itu sebelum ini.

Terdahulu, Georgia berjaya melepasi peringkat Kumpulan F selepas mengejutkan Portugal dalam aksi terakhir kumpulan untuk meraih slot terakhir selaku empat pasukan terbaik di tangga ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2024 @ 1:09 AM