SCHICK (kiri) menyelamatkan maruah Czech ketika berdepan Georgia. FOTO Reuters
SCHICK (kiri) menyelamatkan maruah Czech ketika berdepan Georgia. FOTO Reuters
AFP

Hamburg: Patrik Schick menjaringkan gol untuk membolehkan Republik Czech seri 1-1 menentang Georgia sebentar tadi dalam perlawanan yang menghiburkan, tetapi ia menyebabkan kedua-dua pasukan berada di tempat yang sukar dalam Kumpulan F Euro 2024.

Mereka meraih satu mata tetapi masing-masing masih di belakang Portugal yang akan berdepan Turki sebentar nanti, kerana dua negara pertembungan teratas menewaskan Czech dan Georgia sebelum ini.

Jurulatih Georgia, Willy Sagnol berkata kekecewaan pemainnya pada kekalahan aksi pembukaan menunjukkan sejauh mana pasukannya melangkah dan memberikan segala-galanya di Hamburg untuk memperoleh mata Euro pertama mereka.

Penjaga gol, Giorgi Mamardashvili melakukan beberapa aksi tangkas yang hebat untuk mengekalkan pasukannya dalam permainan dan mereka mendahului sejurus sebelum rehat menerusi sepakan penalti Georges Mikautadze.

Bagaimanapun, Schick mengulangi watak hero menjaringkan gol Euro 2020 dengan penyudah menarik pada penghujung perlawanan untuk menebus maruah Czech dalam aksi melawan.

Gandingan penyerang utama Georgia, Mikautadze dan Khvicha Kvaratskhelia kedua-duanya memerlukan rawatan perubatan dalam sesi memanas badan tetapi dapat memulakan perlawanan.

Mereka mengasak dengan penuh garang dari awal tetapi pasukan Czech bimbingan Ivan Hasek yang mencipta peluang terbaik pertama dan lebih berbahaya sepanjang masa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Jun 2024 @ 11:43 PM