SPALLETTI kini bersedia melayan kunjungan Liverpool menjelang perlawanan pertama Liga Juara-Juara. -FOTO AP
SPALLETTI kini bersedia melayan kunjungan Liverpool menjelang perlawanan pertama Liga Juara-Juara. -FOTO AP
AFP

Milan: Khvicha Kvaratskhelia antara nama yang kini meniti di bibir peminat Napoli hasil aksi menakjubkan di Itali menjelang kunjungan Liverpool esok.

Kvaratskhelia digelar "Kvaradona" selepas menjaringkan empat gol dan mencipta satu lagi gol dalam lima pusingan pertama perlawanan Serie A.

Pemain Georgia itu akan mengetuai barisan Napoli dalam usaha mereka untuk merangkul kemenangan dalam aksi pertama Kumpulan A di Stadio Maradona, ketika penyerang utama dari Nigeria, Victor Osimhen diketepikan kerana masalah kecederaan otot.

Dia turut digelar "KK baru" selepas Kalidou Koulibaly, salah seorang daripada nama besar yang meninggalkan kelab itu selepas mereka gagal memburu kejuaraan liga musim lalu.

Jurulatih Napoli, Luciano Spalletti berminat dengan pemain berusia 21 tahun itu yang tiba dari Dinamo Batumi dan mempamerkan aksi mengagumkan selama tiga tahun di Rubin Kazan sebelum meninggalkannya berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

"Dia seorang pemain yang sangat manis dan sangat baik, seorang daripada mereka kadang-kadang tidak mahu berada dalam situasi tertentu kerana sangat pemalu," kata Spalletti.

"Apabila anda melihatnya berjalan-jalan di kelihatan berjalan di atas mata air tetapi apabila anda memberinya bola, dia tahu bagaimana untuk bergerak.

"Dia mempunyai kualiti dalam cara dia menghantar bola dan menerima apa saja bola yang diberikan kepadanya."

Sementara itu Liverpool mendapat suntikan semangat menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Napoli di Stadium Diego Armando Maradona, Naples.

Selepas tewas kepada Real Madrid pada aksi final musim lalu, Liverpool berharap dapat memperbaiki keputusan itu dan muncul juara pada edisi kali ini.

Berita baik buat Liverpool pada aksi pembukaan peringkat kumpulan musim ini apabila bintang Napoli, Osimhen dilaporkan cedera dan tidak berada dalam senarai pemain.

Osimhen meledak empat gol dalam aksi Liga Europa musim lalu dan sudah menjaringkan dua gol liga musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2022 @ 3:09 PM