PASUKAN Georgia. FOTO Agensi
PASUKAN Georgia. FOTO Agensi
Reuters

Dortmund, Jerman: Pemain sayap Georgia, Khvicha Kvaratskhelia tegaskan pasukannya hadir di pentas Euro 2024 bukan sebagai penumpang tetapi sebagai pencabar utama kejohanan.

Ujar Kvaratskhelia, walaupun pasukannya tidak diletakkan sebarang harapan namun dia percaya kejutan mampu tercipta di bumi Jerman.

"Ia adalah impian terbesar setiap warga Georgia untuk menjadi sebahagian daripada kejohanan yang begitu penting.

"Dan ia adalah hari paling gembira bagi kami semua apabila kami berjaya layak ke pusingan akhir Piala Eropah ini.

"Tetapi kami tidak datang ke sini hanya untuk hadir, kami ingin meninggalkan jejak kami pada Euro 2024 dengan kejayaan manis serta menulis sejarah baharu buat bola sepak negara kami," katanya kepada UEFA.Com.

Kvaratskhelia, 23, adalah tonggak utama kelab Napoli dalam liga Itali dan dia pertaruhan terbaik Georgia untuk menyerlah di Euro ini.

Sejak menyarung jersi skuad senior, dia sudah meledak 15 gol dalam 30 penampilan untuk negaranya.

Georgia diletakkan dalam Kumpulan F bersama dua lagi pasukan gergasi Eropah, Portugal dan Republik Czech.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2024 @ 11:19 AM