PEMAIN Slovakia meraikan jaringan ketika menentang Belgium. FOTO Agensi
PEMAIN Slovakia meraikan jaringan ketika menentang Belgium. FOTO Agensi
Reuters

Frankfurt, Jerman: Slovakia bersedia mengejutkan England pada saingan 16 terbaik Euro apabila kedua-dua pasukan bertemu di Gelsenkirchen Ahad ini, di mana mereka bakal turun tanpa tekanan dalam pertemuan itu.

England akan turun sebagai pasukan pilihan manakala Slovakia cukup selesa memegang status selaku pasukan 'underdog' dengan diperkuatkan kehadiran tonggak berpengalaman khususnya di perinkat kalah mati itu.

Slovakia mara ke pusingan berikutnya selepas berjaya mengikat Romania 1-1 untuk berada di tangga ketiga Kumpulan E, sekali gus layak selaku empat pasukan terbaik di posisi ketiga.

"England sememangnya sebuah pasukan yang ada kualiti, tetapi setiap pasukan yang menentang mereka pastinya mahu membuat kejutan," kata tonggak tengah Slovakia, Ondrej Duda.

Seorang lagi pemain tengah, Stanislav Lobotka mahu rakan sepasukannya bermain mengikut arahan jurulatih dan tidak terburu-buru.

"Layak ke peringkat 16 terbaik membuatkan kami teruja. Kami berjaya melepasi halangan kumpulan dan kami mahu terus melangkah ke hadapan.

"Sejak awal lagi kami hadir ke Jerman bukan untuk melengkapkan jadual, tetapi kami datang untuk memberi saingan. Perkara sama kami akan lakukan dan ini peluang terbaik untuk mara ke suku akhir," kata Lobotka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 10:16 PM